2010
07.27

Went for a short trip to Cyberjaya to get my student ID verified for convocation.

Can’t believe the place still feels like home. Like time never passes.

Rindu.

2010
07.16

KUALA LUMPUR: From Friday, the subsidies for sugar, petrol, liquefied petroleum gas and diesel will be cut as part of the gradual subsidy rationalisation programme, according to a statement from the Prime Minister’s office on Thursday.

The price of sugar will go up 25sen to RM1.75 per kg; LPG will go up 10sen to RM1.85 per kg; petrol RON95 will be up 5sen to RM1.85 per litre and diesel will be up 5sen to RM1.75 per litre.

RON 97 will no longer be subsidised. It will be subjected to a managed float, where the price will be determined by the automatic pricing mechanism, the statement said. [read more]

*gasps*

2010
07.13

Kadang-kadang tu kan, bila keluar lif nampak pakcik ke makcik kerja sapu sampah tengah mop lantai, angkut tong sampah, cuba senyum atau angkat tangan kat dia.

Percayalah, sampai lewat petang pun dia akan buat kerja yang kita anggap kotor tu dengan wajah yang ceria.

Benda yang kecil macam ni la yang selalunya kita terlepas pandang, tak terfikir.

2010
07.05

Tadi, aku tengok History Channel pasal “dark matter” dan “dark energy”. Pok pek pok pek dia cakap walaupun aku cuma faham dalam 40% tapi best.

Kemudian aku teringat satu gambar yang diambil dari Hubble Telescope baru-baru ni. Aku try Google balik tapi tak jumpa. Dekat Gizmodo mungkin ada. Tapi menurut description gambar tu, teleskop tu ditujukan pada satu spot yang paling ‘kosong’ di angkasa lepas. Boleh kata tak ada bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Tapi bila gambar tu dah siap, kelihatan beratus-ratus galaksi pelbagai jenis dan warna entah dari mana-mana datangnya. Meremang bulu roma. Bayangkan. Kawasan yang paling ‘kosong’ pun berterabur galaksi sana-sini. Bukannya bintang, tapi galaksi. MasyaAllah.

Bila terkenangkan kita golongan manusia akhir zaman yang sekelumit bertenggek di planet kecil ni, dibandingkan dengan alam semesta yang luas tak terjangkau fikiran tu… otak aku yang power ni pun tak boleh nak hadam betapa besarnya kuasa Allah Ta’ala. Cukuplah kalau aku anggap kuasa Allah tu infiniti kuasa infiniti.

Jadi bila nak buat apa-apa pun, nak memandai-mandai itu ini, ambil kiralah kuasa Allah Ta’ala. Bertrillion lagi benda yang kita tak tahu, tak boleh digest dan tak terfikir. Sebab itu apa yang ada dalam Al-Quran dan Hadith tu, jangan tak ikut. Sebab esok-esok bila diungkaikan segala misteri di depan mata, baru masa tu la kita nak kata “Oh demm, aku tak tau!”

2010
06.25

Hakikatnya, manusia memang tak boleh berfungsi dengan tip-top tanpa pressure atau external force. Tengok saja Italy vs Slovakia sekejap tadi. Awal-awal punya la lembab.

Italy bajet main dengan underdog boleh tutuh senang-senang. Dah minit 90+ baru nak pesta gol sini sana. Sebab apa? Sebab takut. Wisel tamat dah dekat nak berbunyi tapi ketinggalan 0-1. Baru nak sungguh-sungguh kejar balik.

Macam tu juga dengan saya! Dateline hari Jumaat, hari Isnin dapat brief mana boleh start buat assignment! Selasa baru nak klik-klik cari precedent studies. Khamis baru mula! Kah kah kah.

ps: Tadi first time tengok World Cup kat TV. Ok FIFA memang patut ban vuvu-annoying-zela lepas ni atau 100 tahun lagi la baru Africa boleh jadi host. Eh, sejak bila aku tengok bola? Hehe. Kata nak bonding kan.

2010
06.23

I really don’t feel like writing anymore. Or posting, whatever crap here or anywhere. In this period of time, I personally enjoy watching other people and their routine.

It feels like I pause and jump out of the line and watch the flow from the bank. It’s… rather peaceful this way. Nothing to do, nothing to say, just enjoy the view while taking care of my own business.

Feels nice.