10.22
Warning: very long post + lots of pics ahead
Akhirnya tercapai juga cita-cita nak pergi Cuti-Cuti Malaysia! Woot woot! Memang plan nak travel low budget je. Tak plan sangat pun. Boleh kata pack and go. Haha.
So, perjalanan bermula pada hari Sabtu 17 Oktober. Sebenarnya nak bertolak Jumaat malam tapi tiket dah habis. Tiket KTM pun dah habis juga. So naik bas lah! Maka aku, Abul, Dayat dan Yana bergerak-gerak dari Cyber pukul 7. Awal oh! Sebab kena naik Transnasional kat Puduraya jam 9.00am.
Hoho. Awal-awal tak ada gambar sebab malas nak bawak keluar kamera. Dalam bas pun tak ada juga sebab tido kroh kroh. Tiba di Butterworth dalam pukul 2.30pm. Naik pula ferri ke Pulau Pinang.
Sampai di seberang, naik Rapid Penang ke Batu Feringghi! Ceh, excited macam tak pernah naik Rapid KL. Tapi dalam bas ni, aku mengalami sakit kepala. Sebab dah la tak makan dari pagi, mamat yang duduk sebelah aku ni pulak bau lipas! Diulangi. Bau lipas! Aku tahu la bau lipas macam mana sebab aku pernah kena gigit lipas! Dah la dekat 50, 60 orang sumbat dalam bas tu. Memang nak muntah tapi terpaksa tahan.
Nampak pacik baju hijau tu? Dia follow kitorang dari KL. Tapi aku offer dia seat sebab aku baik. ![]()
Yeay dah sampai Batu Feringghi! So menapak la mencari tempat tidur untuk malam ni. Jalan-jalan, tanya-tanya, jalan-jalan balik. Tak ada gambar time ni sebab pening + nak muntah tak hilang lagi.
Semua bilik yang murah-murah dah penuh sebab weekend. Takut pulak jadi macam kat PD – marathon 8km cari hotel! Hoho.
Last-last, jumpa ini Ali’s Guest House. Yana dah check kat internet pasal tempat ni pun. Hmm. Boleh boleh boleh. So kitorang dah jumpa tempat bermalam. Woot woot! Next mission: makan!
Lapar gila dari pagi tak makan. Jalan-jalan sikit ada kedai kat depan. Aku order nasi goreng ikan masin. Abul makan tom yam. Dayat kuetiaw goreng. Yana nasi goreng kampung. Rasa macam Indocafe.. tak tipu!
Lepas tu bergerak ke pantai! Elok-elok dah petang. Nak tengok sunset. Yes! Nothing beats a golden hour at the beach. Nothing. Tak ramai sangat orang kat pantai. Maybe sebab area ni dah hujung-hujung. Seronok tengok orang main jetski, main terbang-terbang, naik kuda.
Tapi air laut agak kotor. Sebab tu tak ramai mandi. Kitorang pun tak mandi. Cuma tengok sunset sambil lompat-lompat tonggeng-tonggeng.
Malam tiba! Dinner time! Siap-siap, keluar cari makan. Ho, ada night market rupanya kat sini. Macam Jonker’s Street kat Melaka, tapi sebelah jalan je. Barang-barang biasa lah. Paintings, lampu-lampu, baju seluar, DVD. Ramai foreigners oh.
Jalan-jalan lagi, jumpa gerai char kuetiaw kat tepi jalan. Nyam-nyams!
Tiba-tiba, hujan pun turun! Lebat amat. Woah. Apa ni angin tak ada tiba-tiba hujan mencurah-curah. Oh well. Simpan kamera semua dalam beg, dan lari pecut! Lari dan lari dan lari sampai ke gerai petang tadi. Oh lapar lagi. Oh makan lagi. Haha.
Bila hujan dah reda, kami pun pulang dan tidur kroh kroh.
Esoknya, bangun pagi dan berasa sangat hebat. Hmm diorang nih tido tak ingat. So aku bangun dulu, mandi-mandi dan pergi cari breakfast. Oh yeahh. Nescafe tarik, roti canai telur, bunyi ombak dan langit biru. Terima kasih, Tuhan ![]()
Tengah hari, check out dari Ali’s dan sambung jalan-jalan. Oh, diorang baru nak ‘breakfast’. Haha. Lepas tu baru sambung jalan. Ke mana? “Miami Beach,” kata pakcik teksi. Ok apa-apa jelah.
Sampai-sampai je, nampak gerai laksa. Hehe. Macik, laksa empat! Then turun ke pantai lagi. Hmm kat sini air dia lagi kotor lah. Bwek. Tapi tak apa, kitorang lepak-lepak kat batu je. Angin kuat oh.
Aksi panjat gunung. Eh, turun.
Aih. Lapar balik. Tadi macam nampak ada rojak kat atas. Ok, jom. Brader, rojak buah empat! Eh tiga je. Haha.
Tengah fikir-fikir nak naik teksi atau bas, tour guide kitorang sampai.. Nue! Haha. Tak plan pun dengan Nue, kebetulan dia memang duduk Penang. So dia agree nak bawak kitorang jalan-jalan. Hoho.
So kitorang pun berkereta lah ke.. err.. Subaidah Nasi Kandaq! Anney, nasi kandaq empat! Eh lima! (this part of my life is called: “munchets” ) Hmm, hujan balik. Nasib baik ada Nue bawak kereta ![]()
Dah habis makan, tak tahu nak pergi mana dah. Ok, jom Bukit Bendera. Woah, dah penat parking boleh pulak baru terbaca signboard, cable car tak jalan sebab tengah repair. Adeh.
Ok ok, Queensbay Mall! Walaupun tak rock travel pergi shopping mall, tapi tak apa lah. Dah tak tahu nak pergi mana lagi pun panas ya amat. Sangat berpeluh dan busuk sudah ![]()
Hoo, ada improvement lah kat sini sejak aku datang dulu. Kitorang pun jalan-jalan lah. Jalan dan jalan dan jalan. Jumpa Irwan! Tak tahu pulak dia orang Penang. Ceh dah rasa macam dekat Cyber je =_=”
Lama pulak lepak kat sini. Lenguh kaki..
Hmm nak pergi mana ya? Adakah… hmm? Ya betul! Char kuetiaw! Haha, gilo. Ni nama dia char kuetiaw Bayan Baru. Gerai kecik je tapi sedap. Haha.
Ok dah makan, jalan-jalan lagi. Vroom vroom. Next stop: Padang Kota! Dah separuh Penang dah jalan ni. Pening. Wah ramai orang kat sini. Tapi pantai dia kotoq!! ![]()
Tengah lepak-lepak, boleh pulak ada budak kecik ni jual Yasin. Main letak je kat riba pastu mintak RM3. Dah cakap taknak, masih tak nak blah jugak. At the same time kena kacau dengan orang mabuk. Tak tau la mabuk ke gila siap pantun-pantun. WTF. Budak kecik tu follow kitorang sampai kat kereta. Aku keluar fon, buat-buat call polis baru dia blah. Tu pun siap mencarut. Celaka lah kamu wahai budak.
Lalu kami pun beralih tempat ke Gurney Drive. Sini boleh kata semua Cina je yang lepak. Aman sikit kat sini tapi pantai dia lagi busuk! Sebab laut tengah surut so nampak la semua kekotor-kotoran kat dasar. ![]()
Dah pening-pening kat sini, Nue pun hantar kitorang ke Hentian Sungai Nibong.. Bas pukul 11.59pm! Haha. Takpe, lepak sini lama sikit. Rehat-rehat.
Wah dalam bas memang tidur tak ingat. Sedar-sedar dah sampai Pudu. Pukul 4.45am! Erk. Salah timing ke apa ni. Tak, driver tu memang bawak macam kuda. Ok then, singgah mamak kejap minum pagi.
Ok tunggu LRT pulak. Pukul 5.30am, tak bukak-bukak lagi. Oh bukak pukul 6.00am. Haih, boleh pulak Putra bukak 6.30am =_=” Tak jadi. Ambik STAR dan ERL untuk balik ke Cyber.
Pukul 8.00 sampai rumah dah. Tu dia, 49 hours of Cyber-Penang-Cyber! Penat tapi seronok dan efektif!
Happy hols, peeps! ![]()


























i love dis so much.
Reply
korg memang kuat makan eh. hehe ni pegi penang semate sbb makan je ke? :p
Reply
razlanisme Reply:
October 22nd, 2008 at 1:52 AM
agaga. yoshh!
Reply
bagos. sudah berjinak-jinak burung merpati dgn travel ala backpack. cane leh tak jmp korang. aku pi penang jgk. tapi pastu gi langkawi-bangkok-krabi-kota bharu-kl la. haha.
Reply
razlanisme Reply:
October 22nd, 2008 at 2:44 PM
ahaha.. ko melawat taman rerama.. mesti la tak jumpa..
Reply
haha! asal gambar last tu.. gamba aku macam meminta penampar? hahaha cepat satu saat la ko ambek. tak sempat pejam mata
)
“sila tampar aku”
Reply
razlanisme Reply:
October 22nd, 2008 at 2:44 PM
haha bukan ke tu muke kontrol ko?
Reply
woo best-best. training yang berjaya. pasnie baru leh follow aku gi selatan thai buat coverage. chantek
Reply
ciss hangpa pi penang tak ajak aku naaa!!
Reply
razlanisme Reply:
October 31st, 2008 at 1:06 AM
haha. ko dating je hari2 mcm mana nak ajak…
Reply
ajak ja laa bkan susa pon.. ang lupa kat aku dah naa
Reply