2008
12.23

Potong-potong Lekat-lekat

Sejak dari zaman sekolah lagi, setiap kali kena buat assignment lekat-lekat, gunting-gunting, potong sana sini, aku rasa cukup menyampah. Dari dulu aku memang tak suka. Benda-benda fizikal macam ni, apekejadah semuanya, not my kind of stuff. (Sampai sekarang aku masih tak boleh nak gunting kertas lurus-lurus walaupun ikut line)

Aku lebih rela duduk berjam-jam mengadap PC ber-threesome dengan 3dsMax, Photoshop dan Illustrator daripada duduk atas lantai mewarna, memotong papan model dan menghidu bermain gam. Sekali semester ni kena pulak ambil subjek Environmental Modelling. Buat exhibition booth, fizikal dan digital. Oh yang fizikal tu yang tak tahan tu.

4aflat

Pasal assignment tu, aku group dengan Farul, kitorang buat exhibition booth untuk MARDI. Hah. Kenapa MARDI? Tak tahu lah mungkin sebab dia start dengan huruf M kot. Ok, that was random. Dalam planning fuhh bukan main lagi nak sculpt sebijik nenas gergasi tepek kat tengah-tengah. Sekali, tak reti nak guna paper clay (dengan tak cukup masa lagi) Last minute tukar nenas tu dengan “arca hijau-putih umpama pucuk buluh” yang obviously tak ada makna.

Print

Tapi semuanya telah selamat di-submit, setelah bergelut tak tidur berseluar pendek berkaki ayam lepak di lantai memotong papan, menyembur-nyembur melekat-lekat. Oh tolonglah lepas ni tak ada lagi assignment macam ni. Kalau ada pun, biarlah aku in-charge bahagian digital sahaja. Ataupun tukang sumbang buah fikiran, atau tukang usha, apa-apalah.

3aflat

Aku dah memang tahu, kalau buat assignment ini macam, hasilnya.. err memang kureng lah. Tapi macam manapun, bak kata Farul, hasil akhirnya sedaplah juga mata memandang. Hahaha. Walaupun dah terpotong jari. Haih. In the last minutes boleh jugak terpotong jari. Tukar-tukar mata pisau je, sappp! terus makan jari. Pedih gile kot. Nasib baik aku ada rapid tissue regeneration macam Claire Bear

Dah. Qada’ tidur dah selesai. Sekarang nak mandi. Lepas tu kita team deathmatch COD habis-habisann!!! Woahahaha. Oh, nak tengok Ip Man. Sapa-sapa, jom?

ps: tak boleh tunjuk the real scale model. nak tengok sila ke studio MI. haha.

2 comments so far

Add Your Comment
  1. wuuu..i see pucuk buloh!
    dari nenas jadi p.b keke..
    takpela..p.b tu seakan2 duir nenas tu en..
    hehe~
    pasni buatkan model tok future rumah i pulak!

    Reply

    razlanisme Reply:

    hahaha. the nenas is history!

    hmm i tak sanggup dah bermodel2 ni. seksa tulang belakang >.<

    nti i beli je terus rumah tok u woke haha.

    Reply