02.14
Dah lama aku dengar pasal KTM punya perkhidmatan kereta api KL – Ipoh ni. Tapi semalam baru ada chance nak cuba. Haha. Dah lama la tak naik train. Excited pun ada. Tapi ape je pun, sama je macam naik komuter / LRT. Cheh.
Tapi yang lainnya daripada naik LRT atau naik bas ekspres adalah pemandangan di kiri dan kanan. Seriously, tak bosan pun walaupun ambik masa 3 jam dari KL Sentral – Ipoh Station. Tapi sebab aku naik train pukul 6, pukul 7.30 dah gelap tak nampak apa. Lampu dalam coach tu pulak terang-benderang, memang nampak reflection muka sendiri je lah -_-”
Nasib baik boleh tengok movie pakai handset. He he he. Dalam coach tu pun ada TV, tapi asyik ulang cerita Kungfu Hustle. Bosan gila.
Nasib tak baiknya pulak, semalam cuaca tak berapa baik. Banyak awan.. so terlepas tengok sunset yang ohsem! Tapi masih nampak la matahari terbenam tu.
Antara KL Sentral dengan Ipoh Station ada 9 stops yang lain – Tg. Malim, Batu Gajah, apa lagi tak ingat dah. Tapi yang aku ingat, lepas dia stop dekat Tg. Malim, ada sorang macha dok usha aku atas bawah.
“Hello brotha, ini tempat duduk saya punya”
“Err.. betul la saya punya, 8A”
Uncle sebelah tengok tiket aku: “You punya X1, ini X2 la abang”
Aku: “Oo.. sorry2!”
Aku (monolog dalaman): “Aduiii… terkono!!”
Macha: “Heheheh…”
Terkedek-kedek la aku pegi coach satu lagi. Duduk pulak sebelah mamat baju oren yang asyik main SMS. Bukan main laju dia taip mesej. Tup tap tup tap tup tap.
Lepas tu aku perhati, lepas dia send msg, dia tunduk tutup muka dengan beg. Hak elah… menangis! Tengah break-up agaknya mamat ni. Sebab aku TERnampak perkataan “syg” dalam msg dia. Kekeke.
Aku bukan sengaja usha dia msg ape, dah asyik SMS pastu nangis jadilah The Curious Case of Mamat Emo Baju Oren. Hahaha.
Ada satu part ni, dekat-dekat Rawang tak silap aku. Banyak la rumah teres, tapi tak macam taman perumahan sebab macam tak berapa tersusun. Dari dalam train boleh nampak jelaslah belakang rumah-rumah ni. Ada orang tanam sayur, ada orang buat taman bunga kecik, ada orang longgok sampah sarap.
Tapi.. ada satu rumah ni.. belakang rumah dia.. ada.. kubur! Dia tanam sapa pulak kat belakang rumah ni cuak aku.
Lepas tu ada satu kawasan hutan tebal. Tiba-tiba ada satu spot ni ada kebun yang luas gila, tak pasti dia tanam sayur apa. Lepas tu ada sebijik je rumah kat tepi kebun tu. Kat tangga depan pintu rumah tu ada seorang pakcik tengah masukkan barang dalam guni putih.
Agak seram jugak la sebab time tu dah dekat-dekat Maghrib dan keliling tempat tu hutan je. Entah-entah aku sorang je yang nampak O_o
Bila dah gelap aku sambung main handset. Sedar-sedar dah sampai Ipoh…


menarik gak sekali sekala naik ktm ni. byk pengalaman & gelagat org boleh tgk.
Reply
razlanisme Reply:
February 14th, 2009 at 8:20 PM
yaaa betul…! selalu naik bus ja bosan gak
Reply
eee busy body. mamat baju oren nanges pun nk sebok. hahahaha
Reply
razlanisme Reply:
February 17th, 2009 at 9:39 AM
haha. Dah lama sgt dok dlm tu. Boring. So kena la sebokkan diri
Reply