03.29
[sila click gambar untuk view full size]
Betul lah orang kata. Sekali pergi ke Pulau Perhentian, mesti rasa tak nak balik. Aku macam tak percaya, tapi lepas habiskan empat hari tiga malam di sana, aku betul-betul rasa nak duduk kat sana lama lagi. Tapi nak buat macam mana, tak ada duit dan tak ada masa.
Dalam sebulan dua yang lepas kami semua dok fikir nak ke mana cuti mid-sem ni. Otak dah serabut, kalau tak bercuti sah-sah jadi robot nanti. Lepas plan ke situ sana sini, akhirnya sepakat nak ke Pulau Perhentian. Tak tahu lah kenapa tiba-tiba nak ke sini kan.
Tak payah fikir-fikir dah, tengok AirAsia ada promotion tambang ke Kota Bharu RM5.00 je. Book terus sebulan awal. Kihkihkih.
Day One
Pagi 24 Mac, rasa macam tak percaya. Betul-betul ke nak pergi ni? Dari Cyberjaya, aku, Abul, Pak Ngah, Dayat, Yana dan Imi pun mengesot-ngesot ke LCCT naik limo RM80. Flight pukul 7.45am. Bertolak dari sini pukul 6.00am. Dalam ramai-ramai ni, aku lah yang paling excited sebab tak pernah naik flight. Hah!
Masa security check nasib baik Pak Ngah buat hal pegi rosakkan scanner. Kalau tak mesti kantoi ada titanium dalam badan. Haha. Agak cuak juga sebenarnya. Tapi naik kapal terbang sama je macam naik bas. Naik bas lagi seronok kot. Tak ada goyang-goyang. Kebetulan aku duduk sebelah tingkap belah timur (thx Yana Dot
). Masyaallah. Tak pernah aku tengok awan cantik macam ni. Yela selalu tengok dari bawah je kan.
Jam 8.40am touch down kat Kota Bharu yang baru lepas hujan. Sojuk! Telinga aku masih terngiang-ngiang suara Cik Wendy yang pelat-pelat dalam plane tadi :”>
Oh rupanya kat sini pun ada counter travel agent untuk pergi Perhentian. Lepas survey-survey sikit, kami pun amik cab RM70 untuk ke Jeti Kuala Besut, dalam sejam dari sini. Aku dengan Abul lalok je duduk belakang, dengar Pak Ngah pok pek dengan abang drebar yang semangat bercerita dalam loghat Kelantan. Aman je aku tengok kat sini. Hijau kiri kanan penuh dengan ladang tembakau ![]()
Dah habis dengar abang drebar pok pek, kami pun sampai di Jeti Kuala Besut. Sementara tunggu next boat pukul 11.00am, sempat la mintak akak travel agent tu reserve bilik. Plan asal nak pergi Long Beach tapi semua bilik dah full. So ubah la plan ke Coral Bay (sebelah sana Pulau Perhentian Kecil), kami reserved 3 bilik untuk satu malam. Bagus, tiket bas balik pun dah beli awal-awal kat sini.
Wah. Lapar gila tak makan dari malam tadi. Excited punya pasal. Pukul 11.00am lebih, brader boat datang bawak kitorang kat jeti. Sorang-sorang kena pau dengan gomen, cukai maritim RM5.00. Sial.
Mula-mula dekat jeti semua ok. Sekali dah masuk top gear, full speed, masing-masing jadi high. Hahaha. Semua orang hangguk tak ingat sampai perut pun berkocak.
Kira kami selamat sampai ni nasib je. Entah macam mana boleh tak tercampak ke laut – laju nak mampos! Nama pun speedboat. Aku ngan Imi nampak ikan besar wat summersault. Korang tak nampak weh!
Seriyesly, sampai je kat jeti Coral Bay ni semua terdiam, ternganga. Tak pernah tengok air sebiru dan sejernih ni. This is gonna be my sanctuary, huyey!
Tempat bermalam kitorang kat hujung pantai. Senja Bay Resort. RM50 satu malam. Wohoo. Let’s check in lepas tu boleh makan! Om nom nom nom!
Lupa pulak nak shoot gambar bilik kan. Bilik dia okay la – twinbed, attached bathroom, ada water heater. Lebih dari okay untuk RM50 semalam. Share dua orang baru RM25. Tapi view je kureng sikit. Kalau view best tu mahal pulak. Ok next, jalan-jalan cari makan! Let’s eat at Mama’s Kitchen! Lepas survey-survey, sini la yang murah pun.
Makanan kat sini awesome gila. Jauh lagi hebat dari mana-mana kedai kat Cyber. Tapi harga dia agak *tooot* sikit la. Ok lah, dah kenyang. Jom jalan-jalan! Pergi jungle trekking ke Long Beach! Ada jalan masuk hutan untuk ke sana, 10 minit je. Let’s go.
Lepas puas kena serang dengan nyamuk-nyamuk hutan, sampai lah juga ke Long Beach. Tapi air kat sini agak kotor sebab sehari sebelum tu ada ribut (kata brader rempit tempatan) Lagipun kat sini ramai sangat orang lah. Tak aman macam kat Coral Bay tadi.
Menurut tradisi, setiap kali buat trip pergi pantai wajib sacrifice somebody untuk jadi jelmaan orang pasir. Macam biasa lah, Abul. Tak ada orang lain. Hahaha.
Dah sampai ke laut mana boleh tak mandi laut kan. Takpa, tepi-tepi tu je kotor sikit. Kat tengah air masih biru! Woohoo~
Dah penat mandi dan main pasir, kitorang jalan-jalan pulak kat pantai ni. Memang betul panjang la pantai ni. Hmmm, Pak Ngah tiba-tiba kata nak test kedai makan kat sini. Ok, it’s your wish Pak Ngah. Hahaha sekali kena ketuk limau ais sampai RM6.00.
Dah dekat nak senja ni, let’s balik to Coral Bay! Tapi sedihnya hari ni tak ada sunset. Awan banyak plak… Adess. Hmm balik mandi-manda, rehat-rehat kejap, kemudian head back to Mama’s Kitchen for dinner! Wuh. Duduk pulau memang perut asyik lapar memanjang. Wallet pulak asyik mengempis.
Habis makan baru pukul 9.00pm. Kat sini semua orang tido awal. Kedai pun tutup awal. Memang betul-betul tempat orang cari ketenangan lah. Diorang kata kat Long Beach tak macam ni, ada party etc. Hah pergi pulau cantik-cantik macam ni lepas tu pergi berjoget nak buat apa ye tak?
Malam tu dihabiskan dengan melangut tengok bintang-bintang di langit. Cantik sungguh. Lepas tu tido sambil tersenyum kroh kroh…
… End of Part I





















grrrrr so fun fun
abul ada boobs lol
Reply
razlanisme Reply:
March 31st, 2009 at 8:26 PM
hahaha tu je nmpk kan. perv!
Reply