2009
03.31

[sila click gambar untuk view full size]

Day Two

Sumpah bangun-bangun pagi aku terfikir, “ape aku nak buat ni bosan gile duduk cyber.” Sekali tengok eh apesal dinding kayu ni. Kat sebelah, Pak Ngah tengah tidur berdengkur sambil mengukir senyuman. Damn son, this really is happening! Aku kat Perhentian lagi! Nyeheheh!

Mandi-mandi, siap-siap, wangi-wangi, let’s go have free breakfast! Dapat coupons breakfast. Dua keping roti dengan jem berserta kopi / teh bancuh sendiri. Awesome. Mata tak lekang tengok mat saleh hot laut biru yang perlahan-lahan kena suluh matahari tengah naik.

Hari ni hari untuk bersenokeling! Woohoo. First time snorkeling, biasa tengok dalam tv je. Hello ikan-ikan, I come in peace. Kami book snorkel trip kat resort tu jugak. Seorang RM40, ada 5 tempat, start pukul 10.00am.

Tunggu punya tunggu, Abang Terminator datang bawak boat. Dalam boat tu kami je 6 orang, tanpa gangguan anasir luar. Abang Terminator bawak kami dekat tempat ni tak silap aku nama dia Teluk Keke (kekeke….) Pakai life jacket dulu, tak confident. Hehe!

Dari atas dah nampak ikan

Dari atas dah nampak ikan

Lalala

Lalala

Pehh. Ikan berduyun-duyun berenang keliling aku. Kiri kanan depan belakang. Yang berani ala-ala remaja tu siap gigit-gigit kaki. Siot. Air pulak clear macam RO Water, memang cantik sungguh dunia bawah air ni. Aman je.

Lepas tu pergi pulak second stop, tempat tengok ikan jaws. Abang Terminator cakap, “Sini. Ada jaws. Dekat belah-belah sana. Turun.” Tapi Yana sorang je nampak. Kitorang yang lain nampak ikan Nemo!! Bapak comel. Ayah Nemo garang gila. Buat muka kat kitorang konon tak bagi kacau anak dia. Nak je aku culik Nemo-Nemo tu semua buat mainan Chucker.

Cepat naik, ada Jaws!

Cepat naik, ada Jaws!

Third stop, tengok penyu! Punya la susah nak jejak penyu nih. Dah nampak satu, kitorang kecebumm turun. Dia bantai berenang macam penyu, tak terkejar. Jumpa satu lagi, turun lagi, kejar sampai nak tercabut tangan. Abul kata dia nampak penyu buat projek dalam air. Tu tandanya……

Snorkel direct sampai ke petang mana larat beb. Singgah Kampung Nelayan sebentar untuk makan tengah hari. Kat sini kami berpeluang ditemuramah oleh bakal ketua kampung yang berketurunan lanun (self-acclaimed). Panas betul kat sini. Masing-masing dah buat muka tak larat nak sambung snorkel.

Tengah makan aku tanya la pakcik tu, mana tandas. Dia cakap, “Naik tangga ni, terus.. belok kiri. Masuk ikut belakang rumah tu.” Aku dengan Dayat pun pegi la. Sekali dia suruh pakai tandas rumah dia. Seriyes. Masuk ikut dapur, dah la rumah tak ada orang. Agak cuak juga sebenarnya. Syabas bakal ketua kampung!

Mari sini aku bawak pergi makan - Abg Terminator

Mari sini aku bawak pergi makan - Abg Terminator

Lepas makan kami sambung snorkel kat dua lagi tempat. Fourth stop, kat tengah-tengah laut. Kat sini aku nyaris-nyaris hanyut. Tak perasan pulak ada arus dalam, aku main lek je berenang jauh-jauh sikit. Dah la dalam gila. Ada satu part tu sampai tak nampak dasar. Taubat taknak datang sini dah.

Last stop, pantai yang agak terpencil. Tak ada ayat yang boleh describe betapa cantiknya tempat ni. Tengok la sendiri.

dsc_2138ed

woohoo!

Maha Kaya Tuhan..

Maha Kaya Tuhan..

Entah macam mana time snorkel kat sini, aku dan Yana ternampak ikan Jaws. Anak je, tapi agak besar la. Disebabkan minda dah terjajah dengan cerita-cerita Jaws, maka secara separuh sedar aku punya instinct hanyalah untuk lari. Pejam mata terus berenang pecut ke pantai. Haha.

Oh dan kat batu-batu tu ada pulak air sejuk turun dari celah-celah bukit. Heaven…

Geng kacau penyu mengawan

Geng kacau penyu mengawan

Penat snorkel hari ni. Dah la bawah matahari direct. Balik bilik, semua tido kroh kroh kroh. Sampai ke petang, masa makan. Makan di mana? Ya.. Mama’s Kitchen pilihan utama!

Indah, bukan?

Indah, bukan?

Sebenarnya petang tu nak minum-minum ja sebab dahaga. Tapi lepak sini sampai malam, makan malam terus lah. Hari ni pun gagal nampak sunset, tapi better la dari semalam. At least nampak color dia, cantek.

Aura di sebalik awan

Aura di sebalik awan

Makan dan makan dan makan.. sampai malam

Makan dan makan dan makan.. sampai malam

Lepas makan, pergi tengok free movie kat Senja Bay Resort cafe. Cerita Nanny McPhee. Layan je. Kahkahkah.

After that lepak-lepak tengok bintang yang cantik berbilion-bilion. Kat sini tak banyak lampu, jadi langit memang sangat clear. Dengar bunyi ombak, duduk atas pangkin sambil gelak-gelak. Apa lagi yang kamu mahu?

Sambung kat next page… (klik kat bawah)

2 comments so far

Add Your Comment
  1. haha, bila pulak aku potong rambut lalu berdating dengan fatimah..

    Reply

    razlanisme Reply:

    fatimah hot wei..

    Reply