04.10
Percaya atau tidak, benda yang kamu berbuat berulang-ulang, atau rutin, akan merosakkan diri kamu sendiri pada suatu hari nanti. Atau paling tidak pun, akan membuatkan kamu berhenti pada suatu takuk dan tak boleh maju ke depan.
Rutin ni akan buat kamu berasa selesa. Dan bila kamu selesa, orang akan nampak ‘pattern’ kamu dan mula mencari kelemahan kamu dan seterusnya menjatuhkan kamu.
Lihat saja pada drama Crime Scene Investigation. Sudah berapa ramai pembunuh bersiri yang dapat disumbat ke dalam penjara hanya kerana pegawai-pegawai CSI berjaya menemui dan memecahkan ‘pattern’ dalam modus operandi mereka ini.
Aku mula risau kerana aku sudah sedikit sebanyak mempunyai penyakit ‘rutin’ ini. Rutin buat kamu selesa. Aku mula berasa selesa. Mungkin sebab segala-galanya cukup. Cukup makan, cukup tidur, cukup berjoli sana-sini, cukup hiburan, pencapaian pun cukup untuk memuaskan hati.
Tak boleh. Aku dah mula berasa puas hati. Perasaan puas hati ni cukup bahaya.
Kalau diteruskan macam ini juga, lemau. Aku punya plan dan goal yang jauh lebih besar dan dengan tahap aku sekarang. Hidup di antara umur 20-30 bukan hanya untuk mengabadikan diri pada meja di pejabat di hadapan sebiji monitor 19″ sambil design brochure atau letterhead untuk syarikat-syarikat low profile setiap hari.
That is so typical. So not me.
Tapi kalau aku selesa dengan tahap aku sekarang, itulah masa depan aku. Kalau begitu, selamat tinggal Mini Cooper dan selamat tinggal semi-D.
Mungkin juga, sekali-sekala aku perlu keluar dari kolam kecil ini. Pergi tengok dunia sebenar. Break the pattern. Do something that I wouldn’t expect me to do.
ps: Ok, sambung tengok Chuck sambil hirup Nescafe. Hujan-hujan ni sejuk.


wow.. i never thought of routine that way.. btol gak ek.. patutla slalu tgk brochures n menu makan n Malaysia ni x bpe nk lawa.. maybe coz deorg dh bosan buat kje2 tu sume.. so, they juz do the works coz they ave to do it.. not coz they like it..
Reply
razlanisme Reply:
April 12th, 2009 at 1:44 PM
we people lack motivations yaw. hahaha.
Reply
mini cooper?
tak seswai dengan ko la laaaan.
ko kena pakai rexton.
aku je boleh pakai mini.
:p
hahah
Reply
razlanisme Reply:
April 25th, 2009 at 11:42 AM
hahaha best dow mini..
Reply