11.08
Sejak zaman Alpha lagi aku dah dengar tiga huruf ni. FYP senior dok sebut. Dulu macam, “ape kejadahnya natang ni?” Mula-mula tu ada juga teka Fail Your Project, Finish Your Pancakes, Final Year Product, Freeze You Pig.
Sekarang sampailah masa untuk aku dan batch aku menghadap binatang FYP ni.
Untuk student MI, ada lebih kurang 10 kategori untuk kami ber-FYP. Boleh pulak ditakdirkan tahun ni kami jadi tikus putih. Wajib buat group work dua orang. Random! Nasib baik dapat partner yang bagus ![]()
Ada retailer, cosmetic & beauty, insurance, banking, beverages, macam-macam lagi la. Tapi last-last kami pilih untuk buat Alzheimer’s Awareness Campaign. Kekeke. Kalau ikutkan memang ramai buat penyakit. Tension je muka Mistakay.
Kenapa Alzheimer’s?
Tahukah anda, mengikut statistik, penyakit ini lebih ditakuti berbanding cancer atau penyakit kronik yang lain. Ya, kehilangan memori adalah lebih menyedihkan daripada membela sel-sel liar yang degil di dinding perut. At least kalau penyakit lain teruk macam mana pun, masih kenal muka anak bini. Tapi kalau memori dah padam? Sedih ok. Aku pernah tengok first hand.
Kepada mereka yang sudah mula ber-FYP, gattebayo! Let’s nail this yaw!


No Comment.
Add Your Comment