11.07
Setiap warga Malaysia yang mengaku dirinya orang Malaysia, pasti pernah merasai Burger Ramly. Betul? Tapi tahukah anda, tidak semua Burger Ramly di Malaysia adalah sama.
Yang aku paling tak suka sekali, bila aku gigit dan kunyah sebiji burger panas yang baru dibeli di gerai tepi jalan (yang mengaku mereka menjual Burger Ramly), aku rasa seperti tengah makan McD. Kalau aku nak makan Big Mac, aku pergi McD lah brader. Aduhhhh.
Jadi, aku pun berbesar hatilah untuk menulis satu panduan (guideline) tentang bagaimana untuk mencari Burger Ramly yang berperisa sebenar! (Bila makan boleh dengar Hayden Panettiere sebut “yum..” ) Ok. Tapi sebelum itu, apa itu Burger Ramly? Sila klik gambar. Buat malu je tak tahu apa itu Burger Ramly. Ceh.
#1: Gerai burger + 7-Eleven
Perasan tak, kebanyakan (selalunya) gerai-gerai Burger Ramly ni terletak berhampiran dengan 7-Eleven. Aku kurang pasti sebabnya, tapi aku fikir ini adalah satu cara untuk menjimatkan kos dengan menumpang lampu putih 7-Eleven yang terang-benderang. Lagipun cara ni bagus untuk menarik pelanggan 7-Eleven, dan sebaliknya. Kira macam kau nak pergi beli air kacang soya dalam tin kat 7-E, lepas tu macam lapar, lepas tu macam, “Eh eh ada burger la kat sini jom beli.” Dua-dua boleh untung.
Elakkan gerai-gerai burger di Expo atau pasar malam, sebab mereka ni selalunya jual burger semata-mata untuk ambil kesempatan. Macam pasar malam seminggu sekali, time tu je la diorang nak jual burger. Tak ada consistency. Kurang trial and error. Tak ada observation dan feedback customer. Cuba cari gerai yang jual burger tiap-tiap malam kat satu spot je.
#2: BOB
Apa itu Bob? Bob boleh jadi nama orang, atau boleh juga jadi gelaran kepada mereka yang berbadan sasa. Ok, mungkin bukan sasa. Tapi besar. Besar tak besar la. Macam kat sekolah dulu la kan, mesti ada at least seorang Bob yang baik hati dan sporting di kalangan rakan-rakan kita. Kalau ditakdirkanlah satu hari Bob ini menjadi chef, pasti kebarangkalian untuk berjaya itu tinggi.
Cuba tengok Pakcik Sanders. Beliau masak ayam sejak berpuluh-puluh tahun, dan sampai sekarang rasa KFC masih sedap seperti dulu. Adakah Pakcik Sanders memakai skinny jeans? Pada hemat aku, orang berbadan besar memang kuat makan. Apabila diorang masak, diorang masak macam sendiri mahu makan. Sebab tu dia jadi sedap.
Kalau kat gerai burger tu setakat mat rempit rambut tajam main flip-flip burger untuk bikin motor, tak payah. Ataupun budak-budak hingusan yang bukak gerai burger untuk jadi corner member-member datang lepak, tak payah. We want Bob.
#3: Kancil / Wira / Saga lama
Ya. Perasankah anda, di hampir setiap gerai Burger Ramly yang famous, di belakangnya terletak kereta seperti di atas. Nak nak pulak Wira Tonggek make-up triple layer. Lepas tu bukak bonet pasang lagu-lagu Rock Kapak, atau Sinar FM. Pehh. Memang sejati punya Ramly Burger.
Tapi kenapa? Ok, satunya, memiliki kereta menghapuskan persepsi bahawa brader burger tu adalah mat rempit. Kedua, bikin kereta vs bikin motor, mana lagi mau pakai duit? Mana lagi mau bikin lu kerja kuat? Gigih ni berpeluh-peluh brader tu press daging burger sebab mau duit mau beli spoiler Evo letak kat Saga dia. Kita boleh nampak effort di situ.
#4: Burger Ramly 1 Malaysia
Kalau nak tau best tak best burger dia (kalau first time datang situ), tengok customer dia. Adakah customernya terdiri daripada berbagai-bagai bentuk, rupa dan saiz? Adakah customernya ada variety di situ? Jika ya, anda kini selangkah lagi ke hadapan dalam menemui gerai Ramly Burger sejati.
Sebenarnya mana-mana kedai makan pun sama. Kalau you masak sedap, you bukak gerai ceruk mana pun orang berpusu-pusu datang. Kalau you pindah-pindah sekali pun, orang akan cari juga gerai you jugak, ok?
#5: Pembalut Ramly original
Tengok gambar di atas. Kenapa Daging Double Special Tambah Mayo™ tu nampak sedap? Sebab dia tak letak burger tu dalam bekas polystyrene! It’s so simple, nampak classic. Dari luar pun orang dah tau ni mesti Burger Ramly.
Yang ramai orang jual burger sekarang ni sibuk nak letak dalam bekas putih tu, sebab diorang malas! Malas nak balut atau tak tahu cara nak balut. Kalau tengok burger yang sedap, perhati macam mana diorang balut; kemas, nampak mantap burger di dalamnya.
Tahukah anda bekas polystyrene sangatlah tidak sesuai untuk dijadikan bekas makanan? Klik sini.
#6: Showmanship
Sebuah gerai Burger Ramly yang berjaya pasti mempunyai kriteria ini. Biasanya untuk memasak sebiji Daging Biasa Taknak Sayur™ mengambil masa kira-kira tujuh minit. Jadi kita sebagai customer, gunakan masa ni sepenuhnya. Gunakan hak kita sebagai pengguna.
Perhati macam mana dia flip daging burger tu, belah tengah ke tak, letak seasoning banyak mana, pecah telur perfect ke tidak, dia press daging tu ke tak. Semua ni boleh diperhatikan dan dijadikan panduan serta iktibar.
#7 Ramuan-Ramuannya
You are what you eat. Ini yang emak aku selalu cakap masa aku kecik-kecik dulu. Kadang-kadang kita tengok burger tu nampak menarik, meletup. Tapi bila makan separuh, buang masuk tong. Mungkin sebab salad dia tak fresh, atau daging dia tak belah tengah jadi tak cukup masak. Kan? Tengok juga jenama apa dia pakai. Kalau macam tak pernah dengar punya cap ayam, mungkin tak sedap.
Aku paling suka kalau tengok barang-barang tu semua susun baik punya. Macam balang sos kat dalam gambar ni kan. Terus menaikkan lagi rasa hebat Burger Ramly tersebut.
Ok bye.
ps: Kat Dengkil depan 7-E dekat Malee ada satu gerai Burger Ramly jual burger dip dalam black pepper sauce. Mantap beb. Salah dia bungkus dlm polystyrene je. Lain-lain dah perfecto.








No Comment.
Add Your Comment