05.26
Bunyinya macam cliche tapi memang itulah dia. Tak percaya. Macam tak percaya. Rasa baru semalam habis orientasi pakai baju batik warna ungu ke sana ke mari minta autograf senior. Bila nak reminisce balik zaman MMU ni, memori tu memang akan start dari sana.
Segala macam benda aku rasa, tengok, hidu, dengar. MMU is the best experience I had so far, and the best decision I’ve ever made. Yelah kalau nak ikutkan macam tak sengaja je masuk sini. Isi-isi borang, jilat-jilat setem, esok lusa dapat offer terus pergi tak fikir panjang. Haha. Ambik biologi konon, pure science stream konon-konon nak jadi ahlil farmasi tapi itu cerita lama.
Bila tengok balik list of friends di Facebook, dan bandingkan dulu dengan sekarang, barulah kenal yang mana intan yang mana kaca. Yang mana kayu reput yang mana kayu cengal. Yang mana fast food yang mana home cooked. Adui, macam-macam.
…
Hari tu rasa macam nak tulis panjang. Tapi itulah dia. Ya, itulah dia.
Oklah, tulis yang penting saja. Kepada semua orang yang aku kenal sejak masuk MMU – Lecturer, tutor, janitor, anneh, akak / abang HB, kawan-kawan, musuh-musuh, boss-boss – you guys have been awesome! Aku tak rasa mata aku akan terbuka seluas ini kalau aku masuk UITM, USM atau mana-mana M yang lain. Serius.
Kepada mereka yang aku ada buat salah dan silap, berhutang dan berkurang aku harap semuanya dah settle. Kalau rasa-rasa belum settle, sila settle sekarang sebab entah bila pulak la nak bertembung lagi kan. Aku rasa aku dah settlekan semua, tapi mana la tahu kot ada yang terlupa. Pada pihak aku pulak rasanya aku tak simpan apa-apa dan aku maafkan semua orang, tapi kalau buat lagi, jaga-jaga ![]()
Life is too short buddy. Life is too short. Always bersangka baik, always think about wanting to do better, be better. Let go all sorts of stupid, negative, unnecessary things because you don’t want your pasts to haunt your life forever. Just let go before it’s too late.
Kepada rakan-rakan seperjuangan, this is our time to choose our path. Biar hidup berkurang asal tak menyimpang.
ps: benda yang paling aku rindu? cybertracker..


No Comment.
Add Your Comment