Beberapa minggu lepas, saya pergi dengar ‘ceramah motivasi’. Ada seorang kakak ni, ajar tentang “bahasa cinta”. Ada words, touch, quality time dan sebagainya.
Kemudian, dia cakap kalau siapa-siapa ada lebih daripada dua ‘bahasa cinta’, contohnya perlukan ‘kata-kata cinta’ dan ‘masa berkualiti bersama’ at the same time, dia tak matang dan keanak-anakan. Saya pelik.
**
Walaupun muqaddimah macam tak ada kaitan, tapi sebenarnya saya nak cakap pasal cinta juga. Bila kita tanya pasangan kekasih la misalnya, “kenapa kau suka dia?” Mungkin si lelaki akan cakap, “Oh well dia manja, dia suka mesej-mesej saya sebelum tidur.” Dan si perempuan pula mungkin akan cakap, “Dia gagah. Dia boleh tumpaskan 6 lelaki yang kacau saya sekaligus.”
Ok contoh merepek. Balik pada bahasa cinta tadi. Katakanlah si suami sukakan touch. Hari-hari si isteri kena touch si suami. Satu hari, nak dijadikan cerita, si isteri yang kerja kilang proses sosej termasuk tangan dalam mesin sosej. Kudung tapi masih hidup. Tapi sekarang dia dah tak boleh nak touch si suami. Adakah cinta si suami tu akan berkurangan?
Ya aku memang tak pandai buat example. Sebenarnya aku cuma nak cakap, pada pendapat aku cinta ni tak perlu ada apa-apa sebab. Love is an energy – you can’t see it but you can feel it – and it must be sustained. Love can grow, love can die and we are the fuel. As long as we provide the fuel, it will burn through the night. Kalau pakai RON97, dia akan burn dengan lagi efficient.
Cinta ni kalau bersebab tu namanya hipokrit. Cinta sebab nak harta, sebab nak nampak cool, sebab dia cantik. Kan dah drama Melayu. Any act, if it’s sincere, is involuntary - kata Pakcik Mark Twain.
**
Tapi aku tak kata hanya sebab kau rasa cinta kau terus nak bercinta, atau cinta sahaja dah mencukupi. Benda-benda lain wajib dinilai juga supaya nanti tak ada timbul masalah “aku simbah kau dengan asid sebab aku terlalu menyayangi kau!”
Faham lah tu kan?